Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, June 15, 2026

PIALA DUNIA 2026

DALLAS: Jepun bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 2-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan F Piala Dunia 2026 di Stadium Dallas, sebentar tadi.

Pemain Jepun, Koki Ogawa menanduk bola sebelum Daichi Kamada menjaringkan gol kedua mereka. - Foto REUTERS

Pemain Jepun, Daichi Kamada meraikan jaringan gol kedua ketika penjaga gol Belanda, Bart Verbruggen kelihatan hampa. - Foto REUTERS


Wednesday, August 17, 2022

Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang

Pengambilan ikan haruan sebagai makanan wanita berpantang adalah satu kebiasaan yang diamalkan terutama bagi membantu menyembuhkan kesan luka selepas pembedahan caesarean.

Bagaimanapun, Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos tampil menjelaskan bahawa pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.

Perkongsiannya di TikTok baru-baru ini menyarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.

Bagaimanapun, Dr. Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.

“Memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.

“Nasihat ini bukan hanya untuk memudahkan kerja para doktor, ia juga penting bagi menjamin keselamatan para ibu yang bakal bersalin,” pesannya. – KOSMO! ONLINE 

Monday, February 1, 2016

RM60 bilion harta tiada waris

TANGKAK – Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.
“Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.
“Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,” kata beliau.

Sumber: Kosmo

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails