Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, June 7, 2010

CINTA - Perlukah Diucapkan?

Perlukah cinta diucapkan? Itulah yang saya dan seorang kawan perdebatkan semalam. Katanya dia sangat menyintai suaminya, dan dia tahu suaminya juga begitu. tetapi dalam pada itu kawan baik saya itu terus menerus melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana si suami jarang atau boleh dikatakan tidak pernah mengucapkan perkataan cinta di telinganya.


Katanya, lelaki ego dan hanya mementingkan perasaan sendiri. Lelaki kedekut untuk suarakan apa yang ada di hatinya. Susah sangat kah nak sebut, " Abang cintakan awak!" ujarnya melepaskan perasaan tidak puas hatinya itu kepada saya.

Saya memahami apa yang disuarakan oleh rakan saya itu. Perasaan itu bukan hanya ada pada rakan saya seorang tetapi dialami oleh ramai orang terutamanya yang bergelar isteri. Mungkin di awal perkahwinan, mungkin anda memberontak kerana suami tidak pandai ucapkan kata cinta. Bila perkara itu anda suarakan pada suami, dia hanya tersenyum. Anda marah, anda umpamakan senyuman itu seperti menyindiri anda. tetapi setelah lama sebumbumbung dan sebantal dan mempunyai anak-anak, anda mulai sedar bahawa cinta suami tidak pernah berubah atau luak biar pun dia jarang membisikkan kata-kata syahdu itu di telinga anda.

Semakin anda dewasa, semakin anda matang dan semakin lama menjadi seorang isteri, anda mula belajar erti sebenar cinta seorang suami. Anda mulai mengenal karektor seorang lelaki. Manusia seorang lelaki ini memang sudah ditakdirkan sukar meluahkan apa yang mereka rasa. Ini kerana gaya asuhan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap dua jenis jantina ini juga amat berbeza.

Anak lelaki dilarang sama sekali untuk menangis, mereka mesti kuat dan tidak sewenang-wenangnya melepaskan perasaan seperti anak perempuan. Kaedah pengasuhan ini akhirnya membentuk kaum lelaki menjadi seorang yang ptraktikal. Mereka agak rimas pada benda yang remeh-remeh. Jadi secara kasarnya, anda tidak perlulah terlalu terasa hati. Selagi anda tahu mereka masih setia, masih cinta dan menghargai anda sebagai seorang isteri dan wanita, selagi itulah anda jangan berprasangka buruk terhadap lelaki yang menjadi pasangan hidup kita.

Pun begitu pada pendapat saya, tidak hilang kuasa atau jatuh ego seseorang suami jika sesekali bermain perasaan dan ucapkan kata-kata manis sebagai menghargai perasaan isteri. Kalau tidak pandai bermain kata-kata, hulurkan sekeping kad cinta bagi mewakili apa yang anda rasakan terhadsap isteri anda. Seronok bukan dapat menghargai hati orang yang anda kasihi? Bagaimana pun harus kita halusi kata-kata, " Cinta bukan hanya sekadar ucapan atau kata-kata"

5 comments:

senandung semalam said...

x diucap x smstnye x cnte tp at least shri kne dgr gak la... huuuu

AesyaZealous said...

aku bukanlah superman..aku juga bisa nangis jika kekasih hatiku pergi meninggalkan aku.. hihihii

h@ney bee said...

depends on the individual character
coz some people their acting speak louder than words.might be he not the type of person yg suker berkata2 but his acting showed everythg..

DiL said...

cinta tidak semestinya bersatu.. hehe

firdaus khalid said...

myzul..

ade yang memerlukan diucap..ade yang x diperlukan..contoh bile tunjukkan tanda cinta..

aku lemah dalam bercinta..meruntuh jiwa btul..aduyai..

entry yg bgus! tQ

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails