Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Saturday, July 3, 2010

Bukan Sekadar Kasih....

Kasih sayang dalam sebuah hubungan yg romantis memang menjadi dambaan setiap pasangan, samada yg baru belajar menjalin cinta, yg sedang bercinta apalagi yg sudah mendirikan mahligai. Tidak ada seorang manusia pun yg mengimpikan kasih sayang dan cinta yg mereka bina hancur di tengah jalan. Siang dan malam mereka asyik menganyam mimpi-mimpi indah agar bahtera kasih kekal hingga ke akhir hayat.

Memang tidak salah kita mengimpikan sesuatu yg baik dan indah namun untuk melaksanakan kita tidak boleh hanya bermian dgn kata. Pemupukan kasih sayang tidak cukup dgn ucapan I Love You sahaja, sebab ia perlukan usaha, perlukan perubahan mengikut faktor masa, usia dan keadaan. Malah ia memerlukan wang. Kasih sayang dan cinta tidak akan terus segar kalau kita menyiramnya sekali-sekala atau menilainya dari sudut luaran yakni fizikal sahaja.

Cinta akan berubah mengikut perubahan masa. Sewaktu pertama kali kita bertemu pasangan hidup, biasanya kita jatuh cinta pada keelokan wajah, keseksian tubuh atau tutur kata yg manis. Namun setelah melangkah ke alam rumahtangga dan mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, peranan cinta dalam merapatkan hubungan suami, isteri dan anak-anak sudah berubah fungsinya, yakni tidak tidak seperti zaman remaja atau zaman muda lagi.

Hari ini segala keburukan atau kekurangan yg disembunyikan sewaktu bercinta dahulu mulai timbul kepermukaan sedikit demi sedikit. Pasangan kita mulai menyedari, suara kita sebenarnmya kuat, bukannya lemak merdu berkrim seperti mula dia mengenali kita dulu. Kitapun pandai naik angin atau melenting. Kalau dulu tubuh kita seksi, dan boleh membuatkan mata suami melirik tajam tapi faktor itu mungkin sedikit berubah setelah kita melahirkan anak. Kalau pasangan masih masih mengekalkan faktor itu untuk mendasari cintanya, sudah tentulah cintanya akan berkurangan kerana kita tidak lembut dan seksi lagi, bagaimana pula setelah kita semakin di mamah usia, sudah tentu ranjang perkahwinan kita semakin dingin.

Kerana itu cinta mesti terus dipupuk dan berubah mengikut keadaan. Ia harus berjalan seiring, jgn biarkan usia terus berjalan tetapi cinta tertinggal di usia lama. Ubahlah persepsi anda terhadap cinta kpd pasangan, agar semakin tua, cinta anda semakin kukuh. Kalau dulu anda mencintainya kerana keelokan wajah dan tubuh badannya, hari ini biarlan cinta itu kerana dia isteri atau suami yg anda cinta sepenuh hati, walaubagaimanapun keadaannya sekarang.

2 comments:

Nur Su'aidah said...

all about love :)

farysa said...

bukankah lebih baik dri awal jgn cover2
biar psngn tau prangai kita yg sbenarnya cm mna

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails