Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, July 31, 2010

Kasih dan Sayang...

Memupuk kasih sayang dlm diri kita tidaklah sesukar mana. Terserahlah kpd anda utk merealisasikan perasaan yg satu ini. Kasih sayang adalah sesuatu yg semulajadi yg diwujudkan dlm diri setiap manusia. Lahir sahaja kita sudah dibekalkan dgn perasaan ini. Kerana itu, anak kecil yg baru berusia beberapa hari pun sudah dapat membezakan apakah orang menyayanginya atau sebaliknya. Malahan bayi yg belum berusia sebulan pun sudah mula kenal siapa ibunya, ayah dan adik-beradiknya. Semua ini dibentuk oleh kasih sayang.

Kasih sayang mampu membentuk seseorang menjadi lebih bernilai dari sebelumnya. Jika sebelum ini dia seorang yg liar dan tidak peduli pada perasaan org lain tetapi dgn huluran kasih sayang, prinsip hidupnya mungkin berubah. Kalau dia lelaki dan suami orang, dgn kasih sayang tulus dpd isteri, dia mungkin menjadi suami yg setia pd rumahtangga. Begitu juga dgn limpahan kasih sayang seorang suami, boleh membuat seorang wanita rasa lebih berharga dalam rumahtangganya. Apalagi untuk anak-anak. Kasih sayang ibu bapa akan dapat mencorakkan masa depan seseorang anak itu. Jika kasih sayang yg diberikan tidak berlebihan apalagi berkurangan, keyakinan anak itu untuk menjadi insan berguna amat tinggi peratusnya.

Kalau anak2 itu terbiar tanpa kasih sayang, sudah pasti anak2 ini akan hidup dalam dunia mereka sendiri. Kerana ketandusan kasih sayang ibu dan kehilangan kasih sayang ayah yg tidak bertanggungjawab, anak2 boleh tersesat arah. Mereka menagih kasih org lain yg akhirnya mungkin boleh menjebak anak2 ini sehingga menjadi penagih arak dan dadah. Salah siapakah ini?

Kita fikir2kanlah, rugi sangatkah untuk memberikan kasih sayang apalagi kpd org yg sememangnya layak utk diberikan kasih sayang. Siapa lagi kalau bukan anak, isteri, suami dan kaum keluarga kita. Cuma satu yg harus kita ingat, jgn sampai tersalah tempat dlm memberikan kasih sayang itu!!

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails