Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Wednesday, September 29, 2010

Apabila Mak Limah Dikejar Anjing

Ketahuilah bahawa manusia memerlukan sedikit tekanan untuk bergerak, bertindak dan berfikir secara kreatif. Tanpa tekanan manusia menjadi lemah, lembik, lentuk dan layu. 

Tekanan perlu ada dalam diri kita untuk meraih kecemerlangan. Tekanan dalam bentuk penjadualan boleh menjadi pemangkin kepada manusia muncul luar biasa. Kali ini saya nak bagi contoh tekanan yang boleh mengeluarkan semua keunikan yang kita ada. 

Satu hari, Mak Limah berjalan seorang diri di satu taman bunga. Dia memang tak berjogging sebab memang tidak bertenaga. Mak Limah pun tahu kalau dia berlari-lari anak, bukan badanya semakin sihat, tapi boleh menjadi semakin sakit. Sihat yang dicari, penyakit pula yang datang.

Satu hari entah macamana ada seekor anjing di taman itu. Ternampak anjing Mak Limah mula rasa takut. Dia berharap-harap, minta-minta anjing itu tak kejar dia. Tapi entah apa yang menarik pada pandangan anjing itu, Mak Limah semakin dihampirinya. Mak Limah memperlajukan langkahnya, tapi anjing semakin dihampirinya. Mak Limah memperlajukan langkahnya, tapi anjing semakin hampir. Semakin Mak Limah mempercepatkan langkah, semakin anjing mendekatinya.

Mak Limah tak boleh tahan. Takutnya menjadi-jadi. Dia cuba berlari-lari anak, anjing juga berlari-lari anak dan semakin hampir dengan kakinya. Mak Limah berlari lebih laju tetapi anjing semakin dekat dengan dia. Mak Limah menjerit dan lari semakin kuat, dan anjing terperanjat dan menyalak dan terus mengejar Mak Limah.

Mak Limah buka langkah seribu, berlari sekuat tenaganya. Belum pernah Mak Limah berlari sepantas itu dan anjing terus mengejar. Tiba-tiba di hadapan Mak Limah ada parit yang agak luas. Anda fikir apa yang akan dibuat oleh Mak Limah? Berhenti...tunggu anjing gigit dia ataupun dia melompat melepasi parit itu?

Mak Limah melompat dan lompatannya melepasi parit. Padahal sebelumnya tak usahkan parit yang lebar macam itu, longkang depan rumahnya pun dia tak berani nak langkah. 

Apa yang menyebabkan Mak Limah boleh melompat? Dari mana datangnya tenaga itu? kenapa dia boleh buat perkara yang tak logik sebelumnya?

Jawapannya sebab ada tekanan. Tekanan dari apa dan untuk apa? Daripada anjing untuk selamat. Mak Limah fikir kalau dia tak lompat parit itu, tentu dia kena baham anjing. Untuk selamat, dia kena lompat juga, soal berjaya atau tidak soal kedua, yang penting dapat lari dari anjing gatal itu.

Nampak tak Mak Limah ada satu tenaga yang luar biasa yang selama ini tak disedarinya. Mak Limah tak pernah tahu dia tahu melompat parit selebar itu. Tiba-tiba dia boleh buat. Apa sebabnya? Sebab ada tekanan.

2 comments:

nur said...

kesian mak limah tu..
setuju di sini
tapi apa jadi kalau tekanan itu x tertanggung?

ALL IN ONE

Myzul said...

kalau tekanan tu x tertanggung kita perlu kembali kepada yg maha pencipta yakni Allah..perbanyakkan ibadat & membaca Al-Quran utk tenangkan jiwa

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails