Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, September 6, 2010

Iklan raya TV3 ditarik balik

BABAK kanak-kanak menaiki beca terbang turut diselitkan pada iklan Aidilfitri yang ditarik balik TV3 serta-merta berkuat kuasa semalam.
KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Difahamkan iklan Sinari Lebaran itu mula disiarkan pada 2 September lalu.
Antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal.
Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Iklan yang berdurasi kira-kira satu minit itu turut menyelitkan unsur-unsur khayalan menunjukkan kanak-kanak dibawa terbang merentasi beberapa mercu tanda terkenal negara seperti Menara Berkembar Petronas, jambatan mirip Jambatan Pulau Pinang dan Menara Condong Teluk Intan.
Penyiaran iklan TV3 tersebut didakwa menimbulkan impak di luar konteks sebenar sambutan hari lebaran yang bukan dikaitkan dengan hiburan semata-mata.
Tengok video ni...

7 comments:

Anep™ said...

bagus la ditarik balik...

mantan said...

Myzul,
Hal itu demikian kerana video itu direkacipta oleh orang yang tidak mengerti tentang Agama Islam dan tidak arif tentang konsep 1 Mlaysia.

Unknown said...

Sepatutnye sebagai stesen televisyen dieorang lebih sensitif bab-bab camni..tapi...ntah la...

Cik ira said...

bgus lah tarik balik..
first tyme tgk ari khamis ritu pn dah pelik.. dalam ati pn t'ty2 knp cm santa je..

Aidi-Safuan said...

tak setuju kat ada blogger yang translate budak baca buku sebagai budak tuh baca bible. come on la. takkan buku pun nak disamakan dengan bible?


just my opinion. sorry kalau tak setuju

Asma said...

Pelik kan camne TV3 boleh approve iklan tu. 1st time tgk pn rasa seram semacam. Takde gaya AIdilfitri langsung...

Asma said...

Pelik kan camne TV3 boleh approve iklan tu. 1st time tgk pn dh rasa seram semacam. Takde style Aidilfitri pun...

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails