Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, September 4, 2010

Renungan Ramadhan 25


Assalamu alaikum warahmatullah,
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,

Dalam Renungan Ramadhan 24, kita telah melihat bahaya kita menyebarkan.. Begitu juga dalam kes menggalakkan amal. Kadangkala, demi menggalakkan manusia beramal, risalah-risalah yang menerangkan fadilat amal disebarkan tanpa sebarang sokongan bukti. Sebagai contoh, banyak buku atau poster-poster yang dijual di banyak kedai dan ditampal di sebahagian surau atau masjid mengenai fadilat solat, amalan atau zikir tertentu contohnya juga terlalu banyak menjanjikan ganjaran tanpa menyebutkan sumber hadis atau ayat yang menjadi asas kepada janji tersebut. Benar ulama’ membenarkan penggunaan hadis dhaif dalam menggalakkan amal tetapi seringkali apa yang dikatakan ‘hadis’ tersebut tidak pun mencapai taraf dhaif; bahkan ada yang palsu dan tidak diketahui asal usulnya. Banyak dari apa yang dikatakan ‘hadis’ itu tidak dapat dipastikan siapa yang mengatakan demikian atau Imam Hadis mana yang meriwayatkannya?

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails