Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, September 27, 2010

Tiga suspek kes bunuh Sosilawati ditahan reman enam hari

SEBUAH jentera bomba memasuki kawasan ladang milik suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, semalam.

SEPANG 26 Sept. - Polis hari ini memperoleh perintah tahanan reman selama enam hari bermula hari ini ke atas tiga suspek utama termasuk dua beradik peguam, yang terlibat dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Hurman Hussain di Mahkamah Majistret Sepang, di sini hari ini.
Peguam yang mewakili dua beradik itu, Ravi Nekoo memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa perintah tahanan reman tersebut bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut mengenai kes kehilangan hartawan lelaki warga India, Allal Kathan Muthuraja, pada 18 Januari lalu.
Ketiga-tiga suspek tiba pukul 9.35 pagi dan meninggalkan mahkamah selepas dikenakan tahanan reman pada pukul 11.40 pagi.
Kesemua suspek dibawa dengan tiga buah kereta yang berasingan dan dikawal rapi oleh polis.
Semalam, ketiga-tiga suspek yang tamat tahanan reman untuk siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain, ditahan semula bagi membantu siasatan kes kehilangan Allal Kathan.
Kehilangan ahli perniagaan itu dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain apabila dia dilaporkan hilang selepas dijemput oleh kedua-dua peguam terbabit, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di Malaysia, 18 Januari lalu.
Isteri Allal Kathan, S. Usharani, 24, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lepas.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails