Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Saturday, October 9, 2010

Pengasas Facebook puas hati filem tentang dirinya

Mark Zuckerberg

LOS ANGELES - Pengasas laman rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan menonton filem The Social Network (2010) ternyata tidak dapat mengelak tarikan filem itu. 

Jurucakap Facebook mengesahkan Zuckerberg dan sekumpulan kakitangan syarikat itu telah menonton filem berkenaan di pawagam baru-baru ini. 

"Selepas penat bekerja, kami memutuskan untuk ke pawagam. Kami rasa, filem mana lagi yang lebih sesuai ditonton berbanding filem mengenai kelahiran Facebook," kata jurucakap itu kepada wakil media. 

Filem The Social Network ditayangkan mulai 1 Oktober lalu dan semasa muncul dalam rancangan The Oprah Winfrey Show pada 24 September lalu, Zuckerberg memberi komen bahawa filem itu ternyata menyeronokkan. 

Zuckerberg yang lahir pada 14 Mei 1984 menjadi terkenal apabila dia bersama-sama rakan sekuliahnya di Universiti Harvard – Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes – melancarkan Facebook pada 4 Februari 2004. 

Filem The Social Network yang diarahkan oleh David Fincher dibuat berdasarkan buku The Accidental Billionaires (2009) tulisan Ben Mezrich.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails