Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, November 24, 2010

PTPTN lupus RM59j

TEMERLOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melupuskan pinjaman berjumlah RM59 juta kepada 2,162 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat keputusan Kelas Pertama dari Januari hingga Julai lalu.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said, menasihatkan pelajar yang terbabit supaya menghubungi PTPTN segera bagi urusan pembatalan kontrak yang ditandatangani sebelum ini ketika mereka membuat pinjaman.
Jika mereka gagal menghubungi PTPTN, kontrak ini akan dikira terus berjalan dan mereka perlu menjelaskan pinjaman yang dibuat, katanya selepas merasmikan Kembara Muhibah 1Malaysia Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi di sini, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata lebih 190,000 peminjam yang dihubungi langsung tidak memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman. 
Saya menasihati mereka supaya menghubungi atau datang ke pejabat PTPTN untuk berunding soal pembayaran balik pinjaman, jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka, katanya. BERNAMA 

1 comment:

Lydia Miza said...

Salam..
Alhamdulillah,PTPTN LM dah langsai,yang belum tu silabayar ye,hehe

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails