Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, December 10, 2010

Kahwin awal: Kerajaan Melaka tidak berganjak

ALOR GAJAH 9 Dis. - Melaka tetap dengan pendirian menggalakkan remaja berkahwin awal biarpun keputusan tersebut akan mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut sewajarnya berdiam diri kerana langkah itu diyakini mampu membendung kegiatan maksiat di kalangan remaja.

"Pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini adalah mereka yang tidak faham konsep perkahwinan awal, ia semata-mata bagi mengelak perbuatan zina, kita tidak boleh larang anak-anak remaja ini yang berhasrat untuk berkahwin awal.
"Kita bimbang, jika kita larang keinginan mereka ini, mereka akan terjebak dalam perbuatan zina yang akhirnya membawa kepada kes pembuangan bayi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pembinaan Karakter Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Permata Resort Alor Gajah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas mengenai reaksi pelbagai pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri menggalakkan remaja berkahwin awal bagi mengelak perbuatan zina yang akhirnya menyumbang kepada kes buang bayi.

Bagi melaksanakan hasrat itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membuat keputusan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Selain itu, kata Mohd. Ali, langkah pihaknya menggalakkan perkahwinan pada usia muda tiada kaitan dengan keinginan seks terhadap kanak-kanak.

''Kita galakkan remaja yang sudah cukup usia berkahwin awal, ini tiada kena mengena dengan gejala keinginan seks terhadap kanak-kanak," katanya.

Beliau meminta pihak yang membantah hasrat kerajaan negeri itu memahami pelaksanaan konsep perkahwinan awal yang semata-mata bagi mencegah perbuatan maksiat.

Mohd. Ali turut menawarkan RM500 kepada remaja yang berhasrat untuk berkahwin awal selaras dengan kempen kerajaan negeri menggalakkan perkahwinan pada usia muda demi membendung perbuatan zina.

2 comments:

Amilin Zanal said...

Saya setuju..remaja yang nak berkahwin patut digalakkan untuk membendung zina.kalau pkir macam2 ssh plk.zaman dulu2 pun mak bapa kasi kawen anak2 diaorg muda2 lagi,belasan lagi.Tang rezeki biarlah Allah yang tentukan..
May Allah bless them....

zalizalu said...

1st time aku stuju dengan ali rustam... sepatutnya semua negeri patot buat cam ni...

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails