Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, December 13, 2010

Pesalah trafik jangan terburu-buru

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Pesalah trafik yang memiliki saman sebelum 1 Disember lalu, diminta tidak terburu-buru menjelaskan saman kerana mereka berpeluang menikmati kadar munasabah dengan insentif 50 peratus diskaun tanpa had masa.

Sekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.

Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.

Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.

Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah meminta pesalah trafik supaya tidak terburu-buru untuk menjelaskan saman kerana mereka mempunyai masa untuk berbuat demikian.

“Orang ramai tidak perlu bergegas menyelesaikan saman mereka kerana hanya bagi kesalahan baru sahaja yang dikenakan tempoh tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah kaunter saman atau melanjutkan tempoh masa pembayaran di ibu negara.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor ketika dihubungi hari ini menjelaskan, tidak timbul kerumitan untuk membayar saman kerana orang ramai ada pelbagai cara untuk membayar saman.

“Selain kaunter balai polis trafik, pesalah trafik juga boleh menyelesaikan saman di kaunter-kaunter yang disediakan di pejabat pos. “Sebanyak 63 buah pejabat pos menyediakan kaunter bayaran saman di seluruh Kuala Lumpur.

“Mereka juga boleh membayar saman secara dalam talian melalui laman web www.myeg.com.my atau www.rilek.com.my,” ujarnya.

Beliau berkata, memandangkan ramai pesalah trafik ingin membayar saman, pihaknya telah membuka kaunter pembayaran pada Sabtu.

“Malah kami turut lanjutkan masa kaunter dibuka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang berbeza dengan sebelum ini yang dibuka sehingga 12 tengah hari,” ujarnya.

1 comment:

Gen2Merah said...

ala... kalau lah aku tau awal2.. hehe

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails