Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Tuesday, January 4, 2011

Harga minyak masak tidak naik

PETALING JAYA 3 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menasihati orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengatakan harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, malah bekalan minyak masak di seluruh negara adalah mencukupi dan kekurangan di beberapa tempat baru-baru ini adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin tersebut.

''Ekoran khabar angin itu, pengguna panik dan membeli dengan kuantiti yang banyak, maka menyebabkan kekurangan minyak masak di sesetengah kawasan. Selain itu, mungkin juga kerana cuti panjang, bekalan masih belum sampai kepada peruncit.

''Lagipun untuk menaikkan harga minyak masak memerlukan kelulusan Kabinet dan pada masa ini tidak ada sebarang perbincangan mengenai hal itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Program SME Cuti Sekolah Tesco, di sini hari ini.
Dalam program tersebut, lebih 70 produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 23 pengusaha tempatan mendapat sambutan positif pembeli.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia), Tjeerd Jegen dan Pengarah Hubungan Undang-undang dan Kerajaan Tesco, Azlam Shah Alias.

Sementara itu, Lian Hoe berkata, pasar raya besar diminta untuk memasarkan lebih banyak produk PKS yang dilihat berkualiti baik dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

"Program SME yang dianjurkan Tesco memberi peluang kepada usahawan PKS bagi mempromosikan produk keluaran mereka agar lebih dikenali.

"Pihak kementerian akan sentiasa membantu produk PKS untuk menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, Jegen berkata, kira-kira 60 peratus produk yang terdapat di Tesco adalah daripada kategori PKS.
Selain itu, katanya, 70 peratus produk jenama Tesco juga merupakan produk keluaran PKS.

"Kami bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna untuk mendapat produk dengan harga berpatutan daripada PKS malah pengusahanya sendiri mendapat faedah daripada ilmu yang diperoleh dalam amalan perniagaan runcit di samping jualan.

"Produk PKS juga telah dibawa ke pasaran antarabangsa dengan pada masa ini, 20 produk telah dipasarkan di Britain," ujarnya.

1 comment:

* MissYaniAbdullah * said...

ala dah xleh minum air tea beng doh..hahaa

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails