Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Wednesday, February 23, 2011

Biaya tambang pelajar ke Mesir

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Semua kerajaan negeri kecuali Kerajaan Pas Kedah dan Kelantan bersetuju untuk menanggung kos penghantaran pulang pelajar Malaysia ke Mesir bagi membolehkan mereka menyambung semula pengajian di negara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-111 di Putrajaya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan DAP Pulau Pinang juga mengumumkan persetujuan mereka untuk menanggung kos itu bagaimanapun Kedah dan Kelantan belum berbuat demikian.

''Bagaimanapun Kerajaan Persekutuan sedia mengambil tanggungjawab untuk membantu pelajar yang tidak dibantu oleh negeri-negeri dan pelajar terlibat perlu menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi www.islam.gov.my," katanya hari ini.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Universiti Mesir di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz dan Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

Sebahagian besar pelajar Mesir kini berada di tanah air selepas kerajaan melancarkan Ops Piramid ekoran keadaan tidak menentu di negara itu apabila rakyatnya merusuh bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Dalam pada itu, Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP memberitahu, tarikh kepulangan pelajar ke Mesir bergantung pada cadangan dan sokongan terkini yang dibuat pihak Kementerian Pengajian Tinggi.

Ujarnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan sama ada Mesir telah kembali seperti sedia kala atau sebaliknya.

Kerajaan juga menurutnya, sedang memantau perkembangan negara lain seperti Libya, Yemen dan Bahrain yang sedang bergolak ketika ini dan akan membawa pulang pelajar Malaysia sekiranya keadaan memerlukan.

''Namun pelajar kita di negara terlibat tidaklah ramai dan mereka dinasihat supaya kerap berhubung dengan keluarga masing-masing dan pihak kedutaan," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, MAIWP akan menanggung tiket penerbangan termasuk memberi wang saku sebanyak RM500 kepada kira-kira 400 pelajar Wilayah Persekutuan yang ingin meneruskan pengajian di Mesir.

Katanya, bagi yang telah membeli tiket awal juga boleh menuntut kembali wang yang telah digunakan dengan MAIWP.

2 comments:

nisa said...

Erk..macam kompius sketla..kalau tak silap saya, kerajaan Kedah dan Kelantan setuju nak biaya kos penghantaran student2 balik Mesir, termasuk selangor, sebab hari jumaat lepas kawan saya ada menghadiri perjumpaan bersama MB selangor, di kelantan pun ada buat di mana kerajaan negeri2 tersebut akan membayar kos penghantaran mereka ke Mesir nanti..pelik nih..

myzul said...

ye ker nisa..kalaula betul tak eloklah diorang sebarkan berita tak benar

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails