Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, February 13, 2011

Cuma 11 % saman tertunggak JPJ diselesaikan

KUCHING - Kelonggaran untuk menyelesaikan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 28 Februari ini kurang mendapat sambutan apabila hanya 11.78 peratus daripada 692,803 saman yang tertunggak diselesaikan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, tindakan senarai hitam dan mata demerit akan diaktifkan semula selepas tempoh penangguhan tamat pada 1 Mac ini.
"Selepas tempoh itu mereka yang mempunyai saman tertunggak tidak akan dibenar memperbaharui lesen kenderaan dan memandu sehingga semua saman diselesaikan," katanya di sini semalam.
JPJ sebelum ini memberi kelonggaran kepada pemandu membayar saman tertunggak secara ansuran sehingga 28 Februari ini.
Orang ramai boleh menyemak rekod senarai hitam melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my, perkhidmatan MYEG atau kaunter JPJ yang berdekatan.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails