Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, February 14, 2011

Hormati fatwa tak sambut Hari Kekasih

KUALA LUMPUR: Sebarang cara sambutan Hari Kekasih termasuk hanya bertujuan untuk 'suka-suka' seperti memberi hadiah dan bunga kepada pasangan wajar dielakkan masyarakat Islam kerana perbuatan itu meniru budaya penganut agama lain yang menyambut hari berkenaan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata masyarakat Islam negara ini perlu mematuhi dan menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat daripada mufti yang melarang mereka membabitkan diri dalam sambutan perayaan itu.

“Kita tidak boleh ukur sambutan ini kecil-kecilan atau besar-besaran atau untuk suka-suka kerana semuanya mampu mengundang kepada gejala maksiat.

“Jika ada yang kata nak berikan bunga atau hadiah kepada pasangan sekali pun pada hari berkenaan, itu juga adalah tanda mereka menyambutnya. Mengapa tidak diberikan saja pada hari lain?, ” katanya kepada Berita Harian, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tanggapan sesetengah masyarakat Islam di negara ini bahawa perayaan Hari Kekasih boleh disambut secara ‘suka-suka’ dengan hanya memberikan bunga atau hadiah tanpa membabitkan sebarang keraian lain. 

Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang daripada membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih kerana amalan itu tidak pernah dianjurkan Islam. Selain itu, roh perayaan itu mempunyai unsur agama Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah 
dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. 

INFO: Majlis Fatwa Kebangsaan 

  • Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2005 memutuskan umat Islam dilarang membabitkan diri dalam meraikan Hari Kekasih. 

  • Sambutan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. 

  • Roh perayaan Hari Kekasih mempunyai unsur agama Kristian. 

  • Amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. 
  • No comments:

    Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails