Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, March 1, 2011

Lebih 500 guru besar dihargai

JASIN - Penat lelah seramai 586 guru besar besar dari seluruh negara yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing dihargai kerajaan apabila mereka menerima insentif di bawah Tawaran Baru sebanyak RM7,500 seorang semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian insentif yang keseluruhannya bernilai RM18.4 juta itu diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada tahun lepas.
Menurutnya, di bawah tawaran itu, guru besar menerima RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus guru paling cemerlang di sekolah berkenaan akan menerima RM1,800 dan baki guru lain memperoleh RM900 seorang.
“Kakitangan sokongan daripada sekolah berkenaan seperti kerani juga akan diberi imbuhan setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah.

1 comment:

Anonymous said...

salam..wah ! kaya guru..hehe

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails