Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, February 12, 2011

Ops Sikap: 68 peratus maut pengguna motosikal

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua penunggang dan pembonceng motosikal agar lebih peka dengan tahap keselamatan dan tidak menjadikan motosikal yang ditunggangi sebagai 'mesin pembunuh'.

Ketua Trafik Pasukan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, berdasarkan statistik Ops Sikap Ke-23 sempena Tahun Baru Cina yang berakhir semalam, penunggang dan pembonceng motosikal mencatat angka korban yang paling tinggi iaitu 68 peratus.

Katanya, setiap kali Ops Sikap dilancarkan, statistik menunjukkan penunggang dan pembonceng berada pada kedudukan teratas senarai mangsa kemalangan atau kematian.

"Bagi Ops Sikap kali ini mereka (penunggang dan pembonceng terus mencatatkan mangsa tertinggi.

"Mereka perlu lebih berhati-hati dan peka dengan tahap keselamatan ketika berada di jalan raya kerana kenderaan itu terdedah kepada kemalangan maut," katanya pada sidang akhbar sempena berakhirnya Ops Sikap Ke-23 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Sepanjang hari terakhir semalam, lapan lagi kematian dicatat menjadikan jumlah kematian keseluruhan meningkat kepada 199 orang selepas pelancaran Ops Sikap sejak 27 Januari lalu.

Tambah Abdul Aziz, walaupun angka kemalangan sepanjang operasi kali ini gagal mencapai sasaran penurunan sebanyak lima peratus namun, angka kematian dilihat menurun iaitu sebanyak 199 kematian dicatatkan berbanding 201 sepanjang Ops Sikap Ke-21 pada tahun lalu.

Selain itu, beliau berkata, peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun dari 900,000 ke 1 juta turut menjadi punca kepada peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya.

Katanya lagi, kadar kemalangan yang melibatkan kematian bagi hari biasa adalah 18 kematian, manakala jumlah itu berkurangan kepada 13 kematian sepanjang Ops Sikap kali ini.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails