Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, February 18, 2011

Steve Jobs mungkin hidup enam minggu lagi

STEVE JOBS kelihatan kurus semasa dia menyampaikan syarahan mengenai syarikat Apple di Cupertino, California pada 20 Oktober 2010.

SAN FRANCISCO - Pengasas syarikat komputer Apple, Steve Jobs mungkin hanya hidup enam minggu lagi ekoran sakit kanser yang dihadapinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Akhbar National Enquirer kelmarin menyiarkan gambar Jobs, 55, yang kelihatan amat kurus sekali gus menunjukkan dia kehilangan berat badan dalam jumlah yang banyak.
Menurut laporan akhbar itu, Jobs yang mencipta kejayaan menerusi pengeluaran gajet iPod, iPhone dan iPad menghidap kanser pankreas dan mungkin hidup dalam tempoh enam minggu lagi.
Dalam gambar yang disiarkan akhbar berkenaan, Jobs kelihatan lemah semasa dia memakai seluar jean.
Menurut laporan akhbar itu, berat pengasas syarikat Apple itu dikatakan merosot dari 79.37 kilogram sebelum kanser kepada hanya 58.96 kilogram.
Gambar itu dirakamkan pada 8 Februari lalu yang menunjukkan Jobs pergi bersarapan pagi dengan isterinya, Laurene Powell sebelum dia menuju ke Pusat Kanser Stanford di California.
Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Gabe Mirkin: "Jobs tidak mempunyai otot di punggungnya. Apa yang anda lihat ialah ototnya hilang disebabkan kanser."
Rambut Jobs yang semakin gugur disebabkan kesan rawatan kemoterapi.
Seorang lagi pakar perubatan, Dr. Samuel Jacobson memberitahu akhbar itu bahawa berdasarkan penilaiannya, kematian Jobs semakin hampir.
"Saya boleh menyatakan dia mempunyai tempoh enam minggu lagi (untuk hidup)," katanya.
Jobs dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak AS$6 bilion (RM18.26 bilion). - Agensi

1 comment:

pilotHans said...

satu kehilangan..kesian billionair tp br 55 daa sakit kronik...mcm2 ujian allah pd hambanya..xkira laa dia islam ke tak....

nnti mesti ade harta dia ke charity...

cheers...

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails