Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, March 8, 2011

16.6 juta saman belum dijelaskan hadapi risiko disenaraihitamkan

PUTRAJAYA 7 Mac - Sebanyak 16.6 juta saman polis masih gagal dijelaskan oleh pesalah trafik walaupun mereka berdepan risiko disenaraihitamkan selepas 10 Mac ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop berkata, hanya 700,000 saman atau empat peratus saman tertunggak dijelaskan sepanjang tempoh tempoh 1 Mac sehingga semalam.

''Walaupun kerajaan telah melanjutkan tempoh bayaran diskaun saman dari 28 Februari hingga 10 Mac ini tetapi masih ramai yang enggan menjelaskan saman tertunggak mereka.

''Kita merekodkan 17.3 juta saman polis pada 28 Februari lalu dan sehingga semalam, masih terdapat 16.6 juta saman yang belum dijelaskan.

''Saya menyeru pesalah-pesalah trafik ini supaya segera menjelaskan saman masing-masing sebelum nama mereka disenarai hitamkan," katanya pada sidang akhbar bersama rakan sejawatnya, Datuk Lee Chee Leong di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang sepatutnya berakhir 28 Februari kepada 10 Mac ini.

Lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.

Mengulas mengenai saman ekor pula, Abu Seman berkata, pemilik kenderaan yang mempertikaikan mana-mana saman yang diterima boleh mengemukakan bukti bagi tujuan siasatan.

''Kita beri notis kepada pemilik kenderaan dan minta mereka berikan butiran mengenai pemandu yang memandu kenderaan berkenaan, sekiranya notis itu tidak dilayan maka pemilik perlu bertanggungjawab.

''Kita tidak mengeluarkan saman secara sembarangan, pemilik kenderaan diberi peluang untuk membuat penjelasan," katanya.

Dalam pada itu, Abu Seman berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk menambah baik pengendalian saman ekor.

''Agensi-agensi terlibat termasuk polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dalam usaha untuk menyelaraskan hal-hal saman termasuk dari segi harga kompaun," katanya.

1 comment:

fara feroza said...

kaya raya la polis..hehe..tapi bagus gak cam ni, kasi ajar skit org yg bawak keta tak ikut rule ni.>:P

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails