Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, March 15, 2011

Hutang tanpa deposit punca muflis

KUALA LUMPUR – Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.
“Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.
“Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang,” ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.
Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).
Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails