Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Monday, March 7, 2011

Kelulusan ubat ikut fatwa JAKIM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelulusan kepada produk farmaseutikal yang mengandungi bahan tidak halal berdasarkan ketetapan fatwa Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang menyatakan penggunaan ubat atau vaksin itu adalah harus. 

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan bagaimanapun menegaskan pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan itu perlu melabel dan mengisytiharkannya pada label sekiranya ada sumber haiwan seperti magnesium stearate, gliserin atau gelatin.

“Deklarasi halal pada label ubat, termasuk vaksin sering menjadi isu sensitif bukan saja membabitkan agama tetapi mereka yang mempunyai penyakit alahan. Untuk ubat atau vaksin tertentu, JAKIM mengeluarkan fatwa penggunaan ubat tidak halal hukumnya ‘harus’,” kata kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan, semalam.

Kenyataan berkenaan mengulas laporan yang menyatakan dua daripada tiga produk farmaseutikal yang mengandungi DNA babi, diluluskan Kementerian Kesihatan. 

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 25 Jun 2009 bagi membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah berlakunya pembekuan darah secara serta merta untuk pesakit kronik, memutuskan penggunaan ubat itu ditegah kerana mengandungi unsur babi atas alasan ada alternatif ubat lain iaitu Aristra yang mempunyai fungsi dan kesan sama. 

Menurut fatwa sama, ubat bersumberkan unsur ditegah, hanya diharuskan jika tiada ubat daripada sumber halal lain dan ia digunakan dalam keadaan darurat, selain penggunaannya diperakui doktor pakar Islam. 

Kenyataan itu menyatakan, penentuan sesuatu ubat bebas dari sumber haiwan sama ada bovine, porsine dan lain-lain, adalah proses yang kompleks, namun dengan kecanggihan teknologi terkini, sumber bahan haiwan boleh disahkan. 

KKM juga akan bekerjasama dengan JAKIM, Persatuan Pengamal Perubatan Islam dan Persatuan Pengguna Islam untuk memberi penerangan kepada umat Islam mengenai status halal haram ubat berkenaan. 

Kementerian itu juga boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu ubat jika pemegang perakuan pendaftaran ubat-ubatan gagal mengisytihar atau melabelkan bahan berasaskan sumber haiwan terutama babi atau memalsukan kandungannya. 

1 comment:

Faezah Hannah Al Baj said...

kakak sy seOrang doktor pon ada ckp perkara yg sama..hmm..itu br sikit, ad byk lg yg secara terang2an haram dan berjutaaa lg yg syubhah :)

ya Allah...peliharalah kami dari laknatMu..

nafsu:musuh yg dicintai

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails