Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, June 1, 2011

Amalan Murah Rezeki

Allah SWT memberikan jalan buat setiap hambanya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan didunia dan akhirat. Kita juga sering diingatkan supaya sentiasa berusaha untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai. Kita juga digalakkan berdoa untuk memurahkan rezeki dan untuk dikasihani.
Selain itu kita juga dugalakkan agar sentiasa melakukan beberapa perkara yang boleh membantu membuka pintu rezeki kita.
Antaranya :
1. Menyempatkan diri beribadah.
Allah tidak mensia-siakan pengabadian hambanya seperti firman Nya didalam hadis qudsi yang bermaksud :
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyakkan Istighfar
Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.
3. Tinggalkan Perbuatan Dosa.
Dosa bukan saja membuat hati resah malam menutup pintu rezeki. Sabda Nabi SAW :
"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat Tarmizi."
4. Sentiasa Ingat Allah.
Banyak mengingati Allah akan membuat hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firmannya :
" (iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)
5. Berbakti dan Mendoakan Kedua Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar sesiapa ingin panjang umur dan ditambah rezekinya hendaklah berbakti kepada kedua ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda SAW juga bersabda:"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani. al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki berdasarkan sabda Nabi SAW", "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat Baik dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah mengembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit, anak yatim dan fakir miskin juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi SAW:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah dikalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri seperti sabda Nabi SAW:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranyamaka Allah akan menunaikan hajatnya..." ( Riwayat Muslim)
8. Banyak Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu aa'lam
9. Buat Kebajikan Banyak-Banyak
Ibnu Abbas berkata:
" Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya pada hati, kemurahan rezeki,kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya." Ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , iaitu Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya.
10.Berpagi-Pagi
Menurut Rasulullah SAW berpagi-pagi ( memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat berjemah) adalah amalan yang baik.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails