Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Saturday, May 21, 2011

Beban rakyat diambil kira sebelum pelarasan harga petrol

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil kira semua faktor termasuk beban kepada rakyat sebelum melakukan sebarang keputusan berhubung pelarasan harga petrol termasuk RON 95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, pelarasan itu akan ditentukan pada hujung bulan ini atau awal Jun dan setakat ini kerajaan tidak boleh menentukan sama ada harga RON 95 akan kekal atau sebaliknya.
“Pada tahun lepas tanggungan subsidi minyak adalah RM8 bilion. Tahun ini jika harga minyak AS$100 setong, jika keadaannya tidak turun atau naik lagi, kita jangka tanggungan kita mencecah RM18 bilion iaitu RM10 bilion lebih tinggi daripada tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, rakyat tidak boleh berharap supaya harga petrol serta barangan akan kekal sepanjang masa.

2 comments:

mykhalis said...

kalau sekarang pun rakyat dah terbeban,,,rasa2 naik lagi tak?

Myzul said...

tak tau nk ckpla khalis.. kerajaan ni dia x ambil peduli bebanan rakyat dah. kalau nk naik diorang ni naikkan jer. kalau minyak naik, conform harga barang lain pun akan naik gak.

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails