Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, July 1, 2011

IAEA: Lynas selamat

KUALA LUMPUR 30 Jun - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, adalah selamat tetapi syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu hari ini menyatakan bahawa ia tidak menemui satu keadaan mengenai "sebarang ketidakpatuhan dengan standard keselamatan radiasi antarabangsa" di dalam projek itu.

Bagaimana pun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya.

Dalam satu kenyataan bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata rumusan IAEA itu adalah tekal dengan pandangan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi dengan standard keselamatan yang perlu.

Laporan itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA. - Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails