Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, June 2, 2011

Misi lahirkan siswazah berkualiti

NAJIB bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran SL1M di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, siswazah yang memenuhi keperluan pasaran merupakan elemen penting dalam menentukan keupayaan negara menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestik yang baru.
Perdana Menteri berkata, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi sedang melaksanakan langkah jangka panjang bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpasaran siswazah.
“Antaranya dengan menjadikan kebolehpasaran graduan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) setiap Naib Canselor universiti awam, mengadakan kurikulum keusahawanan, menjalankan program kemahiran tertentu dan melaksanakan program bimbingan pelajar di syarikat awam dan swasta sebelum pelajar menjadi siswazah.
“Dialog berterusan antara universiti dan industri diadakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti graduan. Pendekatan itu juga dijangka mengurangkan masalah tidak sepadan antara penawaran dan permintaan tenaga mahir,” katanya semasa melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan juga mengadakan program khas sebagai langkah jangka pendek bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah, antaranya program latihan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Khazanah Nasional dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi menyediakan peluang latihan kepada 12,000 siswazah.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails