Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, July 8, 2011

35 barangan dikenal pasti di bawah akta kawalan harga

PUTRAJAYA 7 Julai - Kerajaan telah mengenal pasti 35 jenis barangan keperluan yang diletakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 berikutan peningkatan harga barangan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu adalah berdasarkan kepada keperluan pengguna dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.

"Kita tumpukan kepada pengguna yang berpendapatan sederhana ataupun rendah kerana mereka ini mungkin rasa tertekan dengan kenaikan harga barang.

"Antara 35 barangan keperluan itu ialah ayam, daging lembu dan kambing, ia turut membabitkan ikan kembung, cencaru, udang putih, telur, sardin, cili kering, ubi kentang, ikan bilis, udang kering, kubis tempatan, betik, tembikai dan buah berangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga kali kedua di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Muhyiddin berkata, Malaysia berpotensi mengeluarkan bekalan makanan dominan lembu dan kambing yang menggunakan pelepah daun kelapa sawit bagi menggantikan jagung yang melibatkan kos tinggi dan terpaksa diimport.

Menurutnya, mesyuarat turut membincangkan harga makanan bagi ternakan yang tinggi menyumbang kepada berlakunya peningkatan harga daging ternakan tersebut di pasaran.

"Sehubungan itu, mesyuarat memutuskan supaya satu kajian dijalankan terhadap kouta eksport bagi produk Palm Kernel Expeller (PKE) dan Palm Kernel Cake (PKC) bagi produk tersebut dalam usaha memastikan kos input ternakan dapat dikurangkan," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat tentang nasib pengguna dalam negara terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah kerana mereka lebih tertekan dengan kenaikan harga barang.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails