Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Thursday, July 14, 2011

Karnival Kerjaya Pemuda BN, 90 syarikat tawar 5,000 pekerjaan

KUALA LUMPUR 13 Julai - Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini diadakan di ibu negara dan Kedah bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah dan Hotel Zenith, Kuantan, Pahang selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Ketua Penyelarasnya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, hampir 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 90 syarikat yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam karnival tersebut.

Katanya, antara yang terlibat dalam karnival itu adalah syarikat-syarikat multinasional, syarikat milik kerajaan (GLC) serta badan-badan berkanun.

"Sebahagian besarnya adalah peluang untuk bekerja di Pahang. Awalnya kami mensasarkan penyertaan 150 syarikat yang mampu menawarkan 7,000 peluang pekerjaan namun ia tidak dapat dipenuhi kerana ruang terhad.

"Apa pun, pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagai bidang serta tahap pendidikan ada di sana. Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) turut ditawarkan oleh syarikat-syarikat GLC bagi lepasan universiti," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Karnival tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Ia bakal bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang selama tiga hari tersebut.

Nazir Hussin menambah, para pencari kerja bagaimanapun dinasihat agar mempersiapkan diri sebelum mengunjungi karnival tersebut memandangkan terdapat syarikat yang bakal menjalankan temuduga secara secara terus di tempat itu juga.

"Pastikan dokumen-dokumen penting termasuk resume dibawa bersama selain mengenakan pakaian yang sesuai untuk ditemuduga," katanya.

Selain itu, Nazir berkata pelbagai aktiviti lain seperti klinik membuat resume dengan baik serta ceramah kerjaya yang bakal menerangkan mengenai kesesuaian pekerjaan turut diadakan.

"Bagi pekerja yang menghadapi masalah berkaitan Akta Buruh dan Akta Industri, kami turut menyediakan kaunter aduanpekerja.my yang diketuai peguam, Mohd. Zamri Idrus bagi memberi khidmat nasihat dan bimbingan guaman percuma," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List