Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, August 5, 2011

CUEPACS minta bonus dua bulan tahun ini

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan itu dengan segera bagi mengurangkan beban kakitangan awam.

"Tahun ini, kita tidak mahu kerajaan memberi bantuan khas seperti dua tahun lalu tetapi kita minta kerajaan beri bonus dua bulan kepada kakitangan awam.

"Memandangkan keadaan ekonomi negara semakin baik dan inflasi juga dapat dikawal, maka inilah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan permohonan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan dapat memberikan bonus kepada semua kakitangan awam masing-masing sebulan, sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya menolak cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen sedia ada dan digantikan dengan skim pencen bercarum melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Cuepacs tetap mahu semua kakitangan awam menerima pencen selepas bersara kelak melainkan terdapat skim yang lebih baik daripada skim sedia ada," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails