Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Saturday, August 20, 2011

Dua produk kosmetik beracun


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan dua produk kosmetik import yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata, kedua-dua produk tersebut ialah krim Derma-Rx dan krim Arbutin-R yang dikenal pasti mengandungi racun hydroquinone dan tretinoin.

"Racun tersebut boleh menyebabkan kulit pengguna mengelupas, mengalami kemerahan dan ketidakselesaan serta terlalu sensitif kepada cahaya matahari," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Menurut Eisah, pengguna juga berisiko untuk menghidap penyakit kanser kulit kerana racun hydroquinone boleh mengurangkan perlindungan terhadap kulit daripada pancaran ultra ungu.

"Pihak kami turut mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu, DRx Aesthetic Sdn. Bhd. untuk menarik balik dan memberhentikan penjualan serta-merta dalam tempoh 72 jam," katanya.

Katanya, produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, manakala individu terlibat boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun dan syarikat akan didenda sehingga RM100,000.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-78835532 atau 03-78835534 sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails