Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, September 29, 2011

60 peratus pekerja mahir disasar miliki diploma


PUTRAJAYA 28 Sept. - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan kira-kira 60 peratus atau 680,000 tenaga pekerja mahir yang ada di negara ini sekurang-kurangnya perlu memiliki kelayakan Diploma.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, ia selaras dengan dasar senario perancangan pekerjaan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang menunjukkan 32 peratus daripada semua jenis pekerjaan memerlukan tenaga mahir menjelang 2020.

"Pada masa sama, para majikan di negara ini turut mengenal pasti faktor kekurangan tenaga pekerja mahir menjadi kekangan utama terhadap kemasukan pelaburan asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Antarabangsa Mengenai Latihan dan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dahlimin.

Seminar anjuran UTHM itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyaksikan majlis menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dengan Colombo Plan Staf College (CPSC), Labtech International Ltd. (Labtech) dan Universiti Pendidikan Indonesia (UPI).

Sehubungan itu, Mohlis memberitahu, Pelan Transformasi Politeknik (PTP) yang merangkumi tempoh 2010 hingga 2020 dilihat mampu memberi ruang yang mencukupi bagi memastikan bekalan tenaga pekerja mahir yang diperlukan itu dapat dicapai.

"Ini kerana pelan PTP itu merangkumi beberapa inisiatif iaitu sistem rating, pembangunan Pusat Kecemerlangan (CoE), kerjasama industri dan memperkukuhkan pembangunan kurikulum.

"Malah pelan itu juga akan menjadikan politeknik sebagai pilihan utama bagi lepasan sekolah menengah serta memastikan 85 peratus pelajarnya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas graduasi," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails