Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, September 9, 2011

Had laju ambulans dikaji elak nahas


PUTRAJAYA 8 Sept. - Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menggunakan ambulans sementara langkah-langkah diambil untuk menaik taraf perkhidmatan tersebut, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji pelbagai aspek keselamatan ambulans termasuk mengenal pasti had laju dan prosedur pengendalian yang sesuai untuk jenis ambulans yang berbeza.

''Kita akan melihat had laju yang sesuai untuk ambulans jenis A, B atau C, ini kerana setiap ambulans dapat menampung had laju yang berlainan bergantung kepada jenis pengubahsuaian yang dilakukan.

''Ambulans jenis A merupakan ambulans yang mempunyai peralatan perubatan yang paling lengkap, ini bermakna tahap pengubahsuaian dan had lajunya adalah berbeza dengan ambulans jenis lain," katanya mengulas mengenai beberapa kemalangan melibatkan ambulans yang berlaku kebelakangan ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan hari Merdeka dan hari raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Tiong Lai berkata, semua pemandu ambulans telah menerima latihan khas daripada Kementerian Kesihatan supaya mereka berkemahiran mengendalikan kenderaan tersebut.

''Pemandu ambulans bukan pemandu biasa, mereka perlu mempunyai kemahiran yang tinggi sebelum dibenarkan untuk membawa pesakit dan peralatan perubatan," katanya.

Kata beliau, orang ramai boleh mengharapkan perkhidmatan ambulans yang lebih baik dengan tertubuhnya unit perkhidmatan pra hospital di bawah kementeriannya.

''Kita akan menaik taraf unit ini supaya pelbagai perkhidmatan termasuk yang berkaitan dengan ambulans boleh ditambah baik," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails