Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, September 13, 2011

Henti kenakan cukai perkhidmatan prabayar


KUALA LUMPUR 12 Sept. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta pengguna yang telah dikenakan caj cukai perkhidmatan enam peratus oleh penjual kad prabayar membuat laporan kepada kementeriannya supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Menurut beliau, keputusan untuk mengenakan caj berkenaan telah ditangguhkan walaupun pada awalnya syarikat-syarikat telekomunikasi bercadang berbuat demikian Khamis ini.

''Saya beri amaran kepada syarikat-syarikat yang menjual kad prabayar itu jangan ambil kesempatan dan jangan cepat sangat hendak mengambil untung. Kepada pengguna yang telah dikenakan caj tambahan boleh laporkan kepada kementerian,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, cadangan mengenakan cukai perkhidmatan itu dilihat amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mengurangkan bebanan rakyat.

"Saya harap semua syarikat telekomunikasi (telco) peka dengan perkara ini dan membuat kajian semula. Sedangkan Perdana Menteri boleh menerima pandangan rakyat, mungkin telco juga boleh melakukan perkara yang sama.

''Apatah lagi, saya difahamkan tidak ada sebarang perbincangan antara telco dengan kerajaan mengenai cadangan itu. Maka perkara itu tidak adil untuk pengguna yang dilindungi oleh kerajaan,'' jelasnya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails