Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, September 27, 2011

Kontraktor cuba lupus naskhah al-Quran secara haram dikenal pasti


BACHOK 26 Sept. – Pejabat Agama Jajahan Bachok sudah mengesan kontraktor yang bertanggungjawab cuba melupuskan beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditemui di sebuah bangsal kosong di Kampung Pauh Sembilan dekat sini semalam.

Mengikut sumber pejabat tersebut, kontraktor itu telah dilantik oleh sebuah syarikat percetakan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur untuk melupuskan naskhah-naskhah al-Quran terbabit.

Difahamkan hasil siasatan yang dijalankan oleh jabatan itu juga mendapati, kontraktor terbabit mempunyai ‘keluarga angkat’ di sini untuk membantu melupuskan al-Quran tersebut.

Menurut sumber berkenaan, kemungkinan mahu keuntungan yang lebih, kontraktor terbabit membawa kesemua naskhah al-Quran tersebut ke kampung tersebut untuk dilupuskan dengan secara tidak sah.

“Kita sudah menghubungi kontraktor yang terlibat dan mereka meminta tempoh untuk mengumpul dan mengambil semula kesemua naskhah al-Quran tersebut untuk dibawa balik dan dilupuskan dengan cara yang sah.

“Mereka memberi alasan semalam merupakan cuti hujung minggu di Kuala Lumpur menyebabkan timbul kesukaran untuk mendapatkan lori bagi mengambil semula naskhah al-Quran tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya memberikan tempoh sehingga hari ini untuk kontraktor tersebut membersihkan bangsal tersebut dan memunggah semua naskhah al-Quran itu untuk dilupuskan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal kosong dipercayai cuba dilupuskan secara tidak sah.

Naskhah al-Quran tersebut dipercayai dibawa dari Kuala Lumpur dengan menggunakan sebuah treler sebelum lori kecil dan jengkaut digunakan untuk memindahkannya ke bangsal tersebut.

Menurut sumber berkenaan, sekiranya arahan tersebut diingkari, kontraktor tersebut akan dikenakan tindakan mengikut Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan di bawah Seksyen 136 kerana menghina al-Quran.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda. Ini merupakan kes pertama dilaporkan di negeri ini dan kita bertegas dengan tindakan yang akan diambil,” ujarnya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu mendapati penduduk kampung mengambil ini
Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails