Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, October 5, 2011

57 kes kemalangan ambulans


KUALA LUMPUR - Secara purata, 57 kemalangan melibatkan ambulans dicatat setiap tahun sejak lima tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah itu termasuk kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan atau kematian.

“Statistik kemalangan adalah dari 137 buah hospital dan lebih 800 klinik kesihatan kelolaan kementerian di seluruh negara. Kini, terdapat 1,402 buah ambulans di seluruh hospital dan fasiliti kesihatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran), yang mahu tahu bilangan kakitangan dan staf sokongan kementerian itu yang terlibat dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkah-langkah mengurangkan risiko itu.

Liow berkata, ambulans dibekalkan mempunyai ciri keselamatan yang dimasukkan dalam spesifikasi kenderaan.

“Sebelum diserahkan kepada hospital, pemeriksaan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kenderaan selamat digunakan. Penyelenggaraan juga dilakukan secara berjadual,” katanya.

Menurutnya, pemandu diberikan latihan mengenai pemanduan berhemah yang mengandungi modul teori dan praktikal dan dipantau oleh penolong pegawai perubatan kanan di peringkat hospital.- Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails