Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Wednesday, October 12, 2011

Ahmad Jais meninggal dunia




SHAH ALAM - Penyanyi irama pop yeh yeh bersuara emas, Datuk Mohd. Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Seksyen 14 di sini semalam akibat komplikasi paru-paru.
Ahmad Jais, 75, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi setelah 15 hari menerima rawatan.
Menurut anak keempat Allahyarham, Maimun, 31, bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 24 September lalu setelah mengalami sesak nafas.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan arwah semakin tidak stabil mulai petang kelmarin.
"Pada pagi ini (semalam), denyutan jantungnya semakin lemah dan bapa saya akhirnya menghembus nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di sisi saya dan adik bongsu, Mashita," katanya ketika ditemui.
Maimun memberitahu, ketika dirawat di DEMC, arwah sempat berpesan kepadanya dan Mashita supaya menjaga diri, anak-anak dan keluarga dengan baik.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails