Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, October 11, 2011

Kontraktor Melayu minta kerajaan tangguh buka lesen kepada pemaju Kelas F


PULAU PINANG 10 Okt. - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) meminta kerajaan menangguhkan pembukaan lesen kepada pemaju Kelas F.

Dalam kenyataan PKMM hari ini, Timbalan Presidennya, Datuk Mohamed Fadzil Hassan berkata, keputusan tersebut diputuskan pada mesyuarat khas yang diadakan pada Rabu lalu setelah menerima maklum balas daripada ahli-ahli di seluruh negara.

Katanya, kini terdapat kira-kira 28,000 kontraktor Kelas F di negara ini mengalami masalah kesukaran mendapat kontrak dengan sebahagiannya seumpama 'hidup segan mati tak mahu'.

"Ini kerana jumlah projek semakin berkurangan berbanding dengan jumlah kontraktor Kelas F yang sedia ada, apatah lagi jika lesen kontraktor Kelas F dibuka semula," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Fadzil yang juga merupakan Pengerusi Biro Kelas F menyifatkan bidang kontrak yang boleh dikatakan telah senja dan berkata, kerajaan tidak seharusnya membuka lesen Kelas F kepada anak muda yang berkelayakan ini dan mengelapkan masa depan mereka.

Beliau berkata, kerajaan harus mengambil tindakan untuk mengurangkan golongan Kelas F terlebih dahulu kepada tahap yang boleh dikawal bagi memastikan kontraktor adalah tulen.

"Pada masa sama, kursus-kursus juga perlu diteruskan untuk menaiktarafkan mutu kontrak di negara ini," katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails