Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 20, 2011

Rumah Pertamaku: Pendapatan dikaji semula


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Had kelayakan pendapatan bagi memohon Skim Rumah Pertamaku akan dikaji semula selaras dengan kenaikan maksimum harga rumah di bawah skim itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, had pendapatan isi rumah dianggarkan akan meningkat dua kali ganda kepada RM6,000 hingga RM7,000 berbanding RM3,500 ketika ini.

"Bagaimanapun had pendapatan isi rumah baharu nanti akan ditentukan berdasarkan kajian oleh bank-bank tempatan.

"Peningkatan had gaji maksimum itu adalah wajar kerana kita tidak mahu pemohon skim tersebut dibebani dengan bayaran bulanan yang tinggi setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi sentuhan telefon mudah alih Kurnia Insurans di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kurnia Insurans Berhad, Wong Kim Teck dan Ketua Pegawai Operasi Maxis Berhad, Jean Pascal Van Overbeke.

Sebelum ini, Najib mengumumkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000 dan ia boleh dinikmati oleh pembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.

Skim itu dilancarkan Mac lalu bagi memenuhi permintaan golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 dan perubahan tersebut bagi menambah baik skim berkenaan.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails