Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Friday, October 5, 2012

13 Tips Eratkan Persahabatan

1. KESABARAN
Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.


2. BERTERUS TERANG
Jangan sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tidak menyenangi sikap teman-teman di sekelilingmu. Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yang membelenggu dirimu akan selesai & jagan meninggikan suara ketika berbincang.


3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jangan terlalu berkira dengan orang lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.


4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah orang disekelilingmu & sudah tentu orang lain juga akan menghormatimu.


5. JUJUR
Belajarlah menjadi seseorang yang jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yang dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh-jauh sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.


6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tidak berprasangka buruk adalah resepi utama dalam membina sebuah persahabatan yang berjaya.


7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seseorang yang pemaaf sekiranya teman baikmu menyinggung perasaanmu & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yang mulia. Malah dia dapat memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.


8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting untuk membina sebuah perhubungan yang murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya orang lain yang perlu bertolak ansur dengan kamu & dalam masa yang sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tidak adil namanya!


9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.


10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dengan melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yang mulia?


11. AMBIL BERAT
Jangan pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yang ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jangan nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!


12. SALING BERHUBUNG
Jauh dimata, dekat dihati. Walau pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dengan bertanya khabar. Telefon atau sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.


13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yang berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih saling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

2 comments:

Aliff Haikal said...

Tips yang sangat berguna ! ^^

NUR said...

Tips yg bagus..

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List