Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, October 30, 2012

BR1M 2.0: Perlu daftar semula jika bertukar alamat

Masih mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia kali ke-2 (BR1M 2.0). Berikut adalah kenyataan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di mana penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Ianya hanya melibatkan mereka yang dinyatakan di atas dan juga bagi pemohon baru bolehlah mendaftar secara online atau secara manual bermula pada 1 November 2012 dengan mengisi borang permohonan yang diberi secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula. Kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia juga melibatkan  individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah. 

Ia dijangka memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.







No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails