Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, October 21, 2012

Chong Wei, beregu Koo/Tan layak ke final Terbuka Denmark


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul Kejohanan Yonex Terbuka Denmark selepas layak ke final di Odense, Denmark.
Pada pertarungan separuh akhir malam ini, Chong Wei, selaku pilihan utama, menumpaskan jaguh tuan rumah, Jan O Jorgensen 22-20, 21-15.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, mengharapkan hadiah ulang tahun kelahirannya ke-30 esok, apabila menentang pemain muda dari China Du Pengyu.
Terdahulu Du Penyu melakukan kejutan apabila mengalahkan pilihan kedua danrakan senegara Chen Long 21-14, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Sementara itu, beregu utama negara Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong terpaksa bekerja keras selama 82 minit untuk mengesahkan slot akhir apabila menundukkan beregu tuan rumah Mathias Boe dan Carsten Morgensen 19-21, 21-11, 26-24.
Koo/Tan, beregu keenam dunia itu, akan berdepan dengan pasangan Korea Selatan Baek Choel Shin/Yeon Seong Yoo.
Dalam acara beregu campuran, gandingan negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying gagal menandingi kehebatan pasangan China, Xu Chen dan Ma Jin, 7-21, 16-21 dalam saingan separuh akhir. - Bernama

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails