BERLIN – Kabinet Jerman semalam meluluskan draf undang-undang untuk membenarkan amalan berkhatan di negara ini selepas mahkamah memutuskan bahawa amalan itu tidak mendatangkan kemudaratan.
Menteri Kehakiman, Sabine Leutheusser-Schnarrenberger dalam kenyataannya berkata, penggubalan undang-undang baharu itu yang hanya akan diluluskan di Parlimen, sekali gus membolehkan amalan berkhatan dilaksanakan di Jerman.
Katanya, pindaan terbaru itu akan mengenepikan undang-undang yang dibuat oleh sebuah mahkamah di Cologne sebelum ini yang melarang amalan berkhatan. - AFP
No comments:
Post a Comment