Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Thursday, October 18, 2012

FAM tolak rayuan Kelantan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung penggantungan satu perlawanan yang dikenakan ke atas penyerang skuad The Red Warriors, Norfarhan Muhammad.
Ia gara-gara bekas pemain T-Team itu dilayangkan dua kad kuning pada aksi separuh akhir pertama dan kedua kempen Piala Malaysia.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, rayuan itu hanya boleh dikemukakan pada saingan peringkat kumpulan sahaja.
“Rayuan kad kuning ini hanya boleh dikemukakan kepada pengelola pertandingan apabila (beraksi) pada peringkat kumpulan kerana setiap pasukan memiliki tiga perla- wanan.
“Jadi, pemain yang digantung dalam saingan kumpulan, mereka dibenarkan membuat rayuan, namun tiba pada peringkat separuh akhir yang mana hanya ada empat pasukan, mereka tidak dibenarkan untuk merayu kerana kurang daripada tiga perlawanan.
“Ini bukan peraturan FAM tetapi peraturan yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” katanya pada sidang akhbar anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Kelantan terpaksa bermain tanpa kelibat Norfarhan dan penyerang import, Mohamad Ghaddar pada aksi final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan ekoran mengutip dua kad kuning.
Dalam perkembangan lain, Azzuddin melahirkan rasa gembira selepas menyaksikan kejayaan Harimau Malaya yang menundukkan Hong Kong 3-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok kelmarin.
Lebih manis, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menamatkan penantian selama 16 perlawanan apabila merakamkan kemenangan pertama di gelanggang lawan.
“Bagi saya, ini merupakan satu kemenangan yang ditunggu-tunggu.
“Ini kerana, sejak kebelakangan ini, sebelum menewaskan Hong Kong, sebagai juara bertahan Piala AFF Suzuki, skuad negara menampilkan beberapa keputusan yang kurang menyakinkan.
“Dengan corak permainan yang dipamerkan (ketika menentang Hong Kong), ia akan memberikan keyakinan lebih kepada skuad negara.
“Seperti yang kita maklum, sebahagian pemain-pemain kebangsaan yang berada dalam skuad ATM dan Kelantan tidak dapat ikut serta,” katanya.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails