Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Tuesday, October 23, 2012

Komputer riba berharga murah keluaran Google


     Google's new Samsung Chromebook
    Bagi menyaingi dan menarik pengguna komputer tablet keluaran syarikat Apple dan Microsoft, syarikat perisian Internet popular iaitu Google akan memperkenalkan komputer riba pada harga yang murah iaitu AS$249 (RM771.90) seunit.
 
    Produk Google yang dihasilkan dengan kerjasama samsung ini akan menggunakan perisian yang berasaskan Chrome dan tidak mempunyai cakera keras serta data-data dan maklumat akan disimpan di dalam pelayan internet Google.

   Menurut Naib Presiden Kanan Chrome dan Aplikasi Google iaitu Sundar Pichai, komputer riba terbaru Google ini akan membuka lembaran baru bagi syarikat itu dan dijangka berada di pasaran di Amerika Syarikat dan Britain pada minggu hadapan. Sama-samalah kita nantikan produk keluaran dari Google ini dan mampukah ianya bersaing dengan produk jenama popular yang lain.

        
      



1 comment:

tips kecantikan said...

Sekarang sudah banyak laptop berharga murah.. Lagipula belum ketahuan spesifikasi komputer google itu seperti apa.. tapi, makasih atas infonya.. :D

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails