Jawatan Kosong (Terkini)

Malaysia Career (Terkini)

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Malaysia Job Portal (Terkini)

JobStreet.com (Terkini)

Thursday, October 25, 2012

Rakyat Kelantan paling ramai memohon SPA


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon pekerjaan daripada Gred 1 sehingga Gred 41 adalah berasal daripada negeri Kelantan. Angka ini meletakkan rakyat Kelantan sebagai pemohon yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini. 

Beliau berkata, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan diterima bekerja di sektor pekerjaan dan bersetuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci.

Pada pendapat aku faktor-faktor lain yang menyebabkan ramai pemohon kerja memilih untuk bekerja di sektor awam terutamanya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah kerana banyak kelebihan sebagai penjawat awam seperti:-

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 60 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Walaupun begitu aku tidak nafikan juga bekerja di sektor swasta ada juga kebaikannya. Tetapi kelebihan yang dimiliki oleh penjawat awam sesetengahnya tidak dimiliki dan dinikmati oleh golongan pekerja swasta. Contohnya seperti kemudahan elaun perumahan, COLA dan ITKA. Kemudahan ini dapat dinikmati oleh mereka mengikut gred masing-masing. Selain itu mereka mudah untuk mendapat kemudahan pinjaman berbanding pekerja swasta.

Aku tidak nafikan juga peluang pekerjaan di Kelantan sangat kurang menyebabkan ramai rakyatnya yang berhijrah untuk bekerja di luar Kelantan. Apa-apa pun semua orang memang berminat untuk bekerja dengan 'Government' ini kecualilah orang itu lebih berminat untuk bekerja sendiri.


1 comment:

Iryani_fz said...

pengalaman saya almost 6 years mohon kerajaan..but susah nak dapat ..semua dah rasa..exam..interview..not luck kot..apapun if u wish to apply gov..wih u good luck

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List