Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 19, 2012

Keputusan UPSR 2012


Tahniah diucapapkan kepada adik-adik yang menerima keputusan UPSR 2012 yang telah diumumkan pada hari ini. Setelah keputusan diumumkan sebanyak 45,054 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mencatat A dalam semua mata pelajaran namun begitu ia menurun 0.54 peratus berbanding 46,012 calon pada tahun lalu.
Menurut laporan daripada Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, Dr. Na’imah Ishak berkata, pencapaian keseluruhan juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 tahun lalu kepada 2.31 tahun ini.
Menurutnya sebab penurunan ini masih belum diketahui dan jabatan pelajaran negeri dan sekolah-sekolah akan membuat kajian mengenainya selepas ini.
Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta.
Peperiksaan UPSR dijalankan serentak di seluruh negara pada 11, 12 dan 13 September lalu di 8,284 pusat peperiksaan.
Bagi yang kurang berjaya atau tidak mendapatkan keputusan cemerlang seperti yang diidamkan diharap tidak berputus asa. Masih jauh lagi perjalanan adik-adik untuk mencapai apa yang diinginkan dan keputusan hari ini belum tentu memastikan kita berjaya pada masa akan datang. Paling penting perlukan kesabaran, kerajinan serta kesungguhan untuk menggapai cita-cita.

No comments:

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails