Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Monday, November 19, 2012

Kesan buruk minuman berkarbonat



Seperti yang kita tahu meminum minuman berkarbonat atau bergas banyak keburukannya. Antaranya adalah menyebabkan penyakit kencing manis, obesiti dan lain-lain lagi. 

Tetapi menurut kajian yang dibuat oleh Dr. Bing Lu dari Hospital Brigham and Women di Boston mendapati ia juga  boleh memburukkan lagi penyakit osteoartritis iaitu penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang. 

Kajianya dibuat ke atas pesakit-pesakit yang menghidap osteoartritis di lutut, satu penyakit biasa yang dialami enam juta orang dewasa di sini.

Di dalam kajiannya mendapati apabila pesakit-pesakit ini mengambil lebih banyak minuman bergas, ianya akan mendatangkan kesan lebih teruk kepada penyakit mereka.

Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor pengubahsuaian risiko diet bagi perkembangan penyakit dan mampu menilai cadangan diet sihat, Kajian itu melibatkan seramai  2,149 pesakit sebagai responden.

Pada peringkat awal kajian, pengambilan minuman bergas oleh responden termasuk minuman bebas gula dinilai menggunakan borang soal selidik frekuensi makanan.

Dalam tempoh 12 hingga 48 bulan kemudian, kesemua peserta dinilai kembali untuk melihat perkembangan tersebut.

Indeks Jisim Badan (BMI) juga diukur, dengan kedua-dua data antara lelaki dan wanita dianalisis secara berasingan.

Selepas mengawal BMI dan faktor-faktor lain, penyelidik mendapati, keadaan penyakit osteoartritis dalam kalangan responden lelaki yang banyak mengambil minuman ringan dalam tempoh seminggu, semakin teruk.

Bagi lelaki yang tidak mengambil minuman ringan, ruang sendi mereka menjadi lebih sempit dengan purata 0.29 milimeter berbanding 0.59 milimeter bagi lelaki yang mengambil minum ringan lebih lima kali dalam tempoh seminggu.

Nampaknya lepas ini aku kena kurangkan minuman bergas. Memang sedap bila diminum bersama-sama makanan segera atau ketika dahaga, tetapi kesan buruk yang kita dapat merugikan diri kita sendiri. Tambahan pula memang tinggi kandungan gula dalam minum bergas ini.





1 comment:

Unknown said...

Kalau boleh, tak payah terus minum minuman yg mempunyai gula .. :D

www.anastasyea.com

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails