Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Friday, November 30, 2012

Padah merogol



Berita terkini yang aku ingin kongsikan pada hari ini adalah mengenai kes jenayah rogol yang membawa kepada balas dendam. Kejadian yang berlaku di Geogetown ini melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun di mana kemaluannya disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa rogol tersebut.

Ianya berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnua di Jelutong petang semalam. Lelaki tersebut kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Merujuk kembali kepada kes rogol tersebut, gadis yang berusia 16 tahun itu dirogol oleh lelaki terbabit di dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Mengikut laporan, lelaki dan mangsa rogol tersebut berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Berikutan kes rogol tersebut lelaki itu akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Manakala ahli keluarga gadis terbabit yang terlibat dengan kes menyimbah asid itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Apa yang boleh aku katakan di sini adalah walau pun lelaki terbabit yang merogol gadis tersebut bersalah, namun begitu ahli keluarga gadis terbabit tidak perlu mengambil tindakan sendiri sehingga mendatangkan kecederaan serius kepada mangsa. 

Aku akui yang lelaki terbabit telah memusnahkan masa depan gadis itu, tetapi akibat daripada tindakan membalas dendam itu akan membawa lebih tekanan kepada mangsa kerana ahli keluarganya juga akan turut sama dihukum. Apa pun yang berlaku negara kita ada undang-undangnya. Berfikir secara waras sebelum bertindak.





1 comment:

Nora Karim said...

haih... budak2 zaman sekarang ni mmg menakutkan...!

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails