Promosi!!!

JobsMalaysia.Info (Terkini)

Sunday, December 16, 2012

Bayar Saman AES


Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mula beroperasi pada 23 September yang lepas, sebanyak 274,000 saman telah dikeluarkan. Daripada jumlah tersebut seramai lebih 10,000 pengguna jalan raya yang disaman oleh sistem AES ini telah mejelaskan saman mereka.

Walau pun jumlah yang belum menjelaskan saman tersebut masih ramai, namun mereka yang sedar atas kesalahan yang dilakukan adalah untuk mendidik mereka, akan berusaha untuk menjelaskan saman tersebut.

Dalam konteks ini, penguatkuasaan AES bukan untuk membebankan pengguna jalan raya tetapi ia adalah sebagai kaedah atau alat untuk mendidik dan mengurangkan kemalangan jalan raya yang semakin meningkat.

Dengan pertambahan kenderaan kira-kira 1.1 juta setahun dan  pengguna jalan raya seramai 400,000 orang akan meningkatkan lagi risiko kemalangan jalan raya. Apa yang penting di sini adalah sikap pemandu yang memainkan peranan yang sangat penting  bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di Malaysia.

Jika mereka patuh kepada undang-undang dan peraturan jalan raya, penguatkuasaan AES ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan yang boleh membebankan mereka. 

1 comment:

Unknown said...

Salam,
Cmne nak check kalo kite ade saman AES?

Sila-silakan tinggal komen anda di sini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails