Hari ini
aku ingin kongsikan berita mengenai pengambilan kakitangan awam pada tahun
hadapan. Ianya adalah mengenai pengurangan pengambilan kakitangannya daripada
Suruhanjaya Perkhidmatan atau SPA berikutan daripada pelaksanaan opsyen
pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Disebabkan ramai yang berminat untuk bekerja di sektor awam, SPA secara puratanya menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan calon-calon yang berjaya diambil bekerja hanyalah 40,000 orang. Di sini aku dapat lihat rata-rata pemohon kerja memang mengharapkan untuk bekerja di sektor awam kerana masa depan lebih terjamin dan banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh mereka.
Di samping itu juga dengan bekerja di sektor kerajaan memudahkan mereka untuk membuat permohonan pinjaman kewangan seperti pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan. Berbalik kepada isu pengambilan kakitangan awam oleh SPA ini, pengurangan pengambilannya berlaku pada tahun ini dan tahun hadapan kerana ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun.
Pada pandangan aku had persaraan yang dilanjutkan sehingga ke umur 60 tahun sedikit sebanyak telah meningkatkan lagi persaingan yang sedia ada kerana pengambilannya yang semakin ketat oleh kerana pengambilan yang telah berkurangan. Dengan pelbagai ujian yang perlu calon hadapi sebelum layak ditemuduga menjadikan pilihan untuk bekerja di sektor awam ini semakin sukar.
Walau bagaimana pun menurut pihak SPA lagi selepas tahun 2013, apabila penjawat awam yang berusia 60 tahun itu bersara maka jumlah pengambilannya akan kembali meningkat sekurang-kurangnya 10 peratus. Untuk mereka yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan perlulah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan kemahiran skil pekerjaan dan seterusnya dapat meningkatkan peluang untuk pekerjaan di sektor awam.
Bagi aku tak kisahlah sama ada kita bekerja di sektor awam atau swasta yang penting rezeki yang kita perolehi ini mendapat keberkatan daripada Allah. Paling penting kita mesti berlaku jujur dengan diri sendiri dan disertakan dengan niat yang ikhlas untuk bekerja kerana Allah.
No comments:
Post a Comment